Lahai, Melayu

*Kata nak update blog 28Jan haritu, tapi ni dah dekat 28March baru reti nak update. Dasar janji Melayu*

Assalamualaikum dan semoga selamat semua nya :) Buat yang kuat semagat melayu nya, sila, mohon, dirayu sila lah block atau apa saja blog ni. Kadang benda tak seberapa pun, boleh kecoh, yedak ? 

Melayu. Yang paling terkenal dengan adat. Yang paling banyak hikayat dongeng. Yang paling banyak pahlawan. Yang paling banyak jenis makanan. Yang paling banyak kepercayaan. Yang paling penting, paling memegaahkan. 

Untuk pengetahuan semua, aku hanya budak jalanan. Membesar diheret kedua ibubapa hampir kemana saja. Kawan? Ada. Tapi biar lah semua tahu, hidup aku hanya keluarga aku. Jadi, silalah maklum bahawa kebanyakan coretan aku disini, berdasarkan apa yang aku lalui. Dan bukan apa yang kau lalui. Silalah baca dari sudut aku, atau 360 sudut yang lain.

Melayu, yang paling beradat. Katanya. Tapi tak melampau kalau aku cakap, aku lah orang yang tak suka adat. Kenapa dimegahkan adat, kalau ada pegangan agamanya ? 

Melayu, yang pelbagai dongeng nya. Al kisahhh. Maka tersebut lah kisah sang kancil datang beramai ramai menghadap sultan firaun. Nampak tak? macam mana ye. Dongeng ? Cerita rakyat tahu? Biasa lah. Orang dulu dulu takda kerja mak aku cakap. Biasa lah, dulu tv ps semua ni takda. Jadi cara menghiburkan anak cucu diaorang adalah bercerita. Aku boleh, cerita dekat anak cucu aku. "Cu, nek ni dulu ikan mas. *buat duckface* sama kan? Lepas tu datang atuk kau orang, pawang orang nya. Selalu perasap keris malam Jemaat. Dia bela nenek. Tapi sebab siapa nak ke pawang yedak? Jadi dia baca jampi. Tadaaa. Jadilah nenek isteri atuk kau, sampai sekarang" Cucu aku pun cerita dekat cucu dia. Sampai tahun 2213 cerita tu akan jadi "dulu ada sorang pahlawan, gagah perkasa orang nya. Selalu buat kelas silat setiap malam Jemaat. Sampai la ada sorang awek yang suka bawa ikan mas dia jalan jalan ngorat dia. Dan diaorang hidup bahagia"

Melayu, yang paling berjenis makanan nya. Oi. Takan nak komplen pasal makanan? Sedap kot. Mana nak cari dekat lain. Sanggup omputih makan derian? 

Melayu, yang paling berpekepercayaan. "Siti, jangan menyanyi dekat dapur tu nak. Kau nak kahwin dengan Pakman Dongol tepi sungai tu agaknya ya?" kata mak siti sambil membetulkan kain batik yang dipakainya.  "alah mak ni. Bhenci tau" *sambil berlalu pergi masuk kebilik* Mengapa, kenapa. Tidak boleh kan berfikir sekejap, lagi percaya kahwin orang tua dari percaya jodoh Tuhan. Sebenarnya, takut apa kau masak tu hangus je ralit sangat nyanyi tak kado ke diri siap tarik pitching tinggi. Melayu sangat. Tapi ada lagi ke orang macam ni ?

Melayu, yang bermegah akan kesombongan nya. Dan ini, yang aku sanggup cakap, aku malu jadi melayu. Bayangkan kau berada dia gerai makan, tepi jalan, jarang orang datang. Dan suatu hari, gerai yang jarang dikunjungi itu, diserbu kerana cuti sekolah.

Dua lelaki pertengahan tahun, berkepinpinan gayanya, Melayu. Tiga pekerja gerai, seorang wanita dan dua lelaki, Melayu.

Lelaki A: Cik, bila saya boleh dapat roti canai saya? Dah lama saya tunggu. *sangat sopan cara tegurannya*
Pekerja wanita: Lambat sikit.
Lelaki A : Lambat tu berapa lama? Sejam, setengah jam?
Pekerja wanita : Dalam sejam lagi.
Lelaki A : Kenapa awak takcakap dekat saya? Saya dah tunggu lama
Pekerja wanita : Kenapa awak tanya saya ? Awak order dengan lelaki tu tadi kan?
Lelaki A : Awak kerja di kedai sama kan? Tak boleh cakap ke?
Pekerja wanita : Awak taknampak ramai orang tadi? Dengan tak cukup pekerja nya *mula bercekak pinggang sambil tangan kiri nya naik ke udara macam nak buat "1 ! Meleysiaa !"* 
Lelaki A : Awak sepatut nya cakap. Saya tunggu lama. Saya custumer. Tapi awak ni samseng cakap dgn saya.
 *dan pekerja wanita tadi terus menempelak pelanggan nya. Dan untuk terus menampak betapa rendah nya fikiran wanita ini, dan membuktikan dia mungkin tak habis sekolah*
Lelaki A : Custumer is always right ! *menghentak kerusi  seperti "kenapa awak tak bagitahu saya kena tunggu berapa lama" *
Pekerja wanita : Custumer is always right , walaupun dia salah ?! *masa ini aku rasa nak bangun pergi depan perempuan tu lepastu bisik dekat dia "tak sekolah ke cik?" *
Lelaki A : Saya ni nak tolong Melayu. Tapi kalau awak macam ni, baik saya pergi kedai India. 

Sejujur nya, aku sangat tabik dengan Pakcik ini. Sangat tinggi bahasa nya. Sangat lah sabar orang nya. Dia masih boleh tunggu sampai dia dapat roti canai dia.Aku berani cakap, dia tunggu lebih daripada sejam. Kau mampu ke nak tunggu roti canai sekeping lepas kau tahu orang kedai tu bingai , lepas dia bercekak pinggang menempelak kau? mampu ? Sikit pun pakcik ni tak tinggi suara dia. Dan dengan banganya pekerja gerai melayu tadi, mempertahankan apa yang dirasa "kedai aku ramai tadi. Kau tak nampak ke? " 

Kalau nak jadi Melayu, jadilah Melayu yang tinggi fahaman ugama nya, yang tinggi ayat bahasa nya, yang tidak memegah kan kesombongan nya. Orang tegur tu reti bahasa lah. Kalau taknak terima, diam. 


Lelaki tanpa komplen

*spm dah lama habis. dan aku, masih mencari identiti diri *tenung cermin* * 

Assalamualakum dan hi semua. Semoga masih berasa dalam keadaan gembira dan bukan gundah gulana. Apakah kan perempuan tajuk entri kemain getik. Ahh. Mai sini duk buat ramai. Baca kasi habis. Kemuadian    baru nilai. Jangan biasa kan diri untuk cepat jadi mengadili sesuatu. Dah lama sebenarnya aku nak update guna tajuk ni Tapi maklumlah, pungkoq berat, jari je menggeletik nak menaip tak guna juga. 

 Mana kita tadi ? Yaa. Lelaki. Tepat sekali. Entri kali ini tidak untuk aku mengeji elaki. Sila, tolong, harap, mohon baca dengan teliti juga sepenuh hati. Baca dan fikir kan. Baca dan nilai. Baca dan fahami.

Ada je lelaki, yang boleh iron baju dia sendiri dari muda sampai pencen, tanpa komplen 
Ada je lelaki, yang boleh basuh,jemur, angkat dan lipat kain, tanpa komplen. 
Ada je lelaki, yang boleh tahan dengan kata kata yang tajam dari orang tersayang, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang boleh sayang orang sekeliling dia, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang boleh buat menda sama hari hari, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang boleh buat lawak biarpun takda orang gelak, tanpa komplen. 
Ada je lelaki, yang boleh tahan marah tanpa mengeluarkan kata kata kesat, tanpa komplen. 
Ada je lelaki, yang boleh pujuk orang walaupun dia garang, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang akan sedaya upaya menggembira aku, tanpa komplen. 

Dan yaa. Semua lelaki lelaki yg aku nyatakan dekat atas ni, ada di sekeliling aku. Tapi cuma aku tak faham, kenapa ada lelaki masih menafikan dia taksesuai buat itu ini contoh nya, kerja rumah ? Aku lagi tak faham, ada pula perempuan perempuan yg boleh aku kata, cantik rupa paras mereka boleh cakap lelaki semua tak guna. Apakah kau sudah mengenali semua lelaki di dunia wahai adik manisssss. Itu kicik punya hal gaduh dgn boyfren pun dah boleh cakap macam tu. Kesian.

Dan juga, barangkali aku sangat berruntung. Barangkali juga Allah menguji aku dengan meletak kan aku dikelilingi oleh lelaki lelaki yang kuat, tambah dan juga ikon. Semoga semuanya kekal sebegini 

AINA, sila baca

*Comeback :) Hi semua. Assalamualaikum dan semoga berbahagia dengan cuti yg sedang bermula. Post ini, sangat istimewa buat buah hari yg telah tertanam dalam hati.                                                                          







 

 

Here we go :) 17 Years old girl. Maaf saya sebab tak keluar hari. Tapi dengar cerita berbahagia. Hewhewheww. 

Let me tell you something people. She's one of the best girl that I ever had. Dia kuat. Kuat mental Kuat fikizal. Sekali kena tapak tangan dia masa dia tengah gelak tu, lu tayah cakap apa lah. Asal dia gelak je, semua orang ketepi. Termassuk saya. K. Hi Einaa. Haha. Dan bila dia mula ketawa, semua orang senyap dan akan mula cakap "Aina, sabar aina" I'm gonna miss that laugh. Seriously. Sekejap je sebenarnya, dah 4 tahun kita kenal. Sekejap je. Entah bila pula kita jumpa, Tuhan ja yang tahu :')

This is my singa comel. Aina Sorfina Yurika binti Ismadi. 

Today is her 17th birthday *kemon lah Eina, orang lain dah lama 17*

She is one of my best girl.

She have a nice smile with a little scary laugh. 

And I am going to start to miss every single thing about you :')

Happy birthday Aina

Depan mata

*Rugi seminggu pabila Sabtu diberi pangkat sebagai sekolah ganti. Sangat. Rugi

Bila semua orang mencari harta dunia,
Sehingga terlupa ilmu agama

Bila semua orang sibuk mencari pangkat kemewahan,
Sampai lupa erti kesusahan

Bila semua orang mencari diluar kotak,
Sehingga lupa apa didalam


Bila semua orang ingin menjadi luar biasa,
Sampai tiada apa hendak diherankan

Bila semua orang mengikut ngikut idola,
Sehingga lupa identiti diri

Bila semua orang asyik berdengki,
Sampai lupa apa yang Tuhan beri

Sekarang semua orang berlari kehadapan, tidak lagi selangkah kehadapan seperti dulu. Cuma ingat, antara mereka yg berlari, ada yg jatuh tersungkur. Dah capai apa yg di idam pun. Rezeki tu ada. Mungkin buka rezeki kita. Selalu kita dengar, susah dahulu senang kemudian. Tapi jarang terlintas dalam benak manusia yg tinggi ego seseorang, antara orang yang susah tu, dulu pernah berjaya. Tengok sekeliling. Mereka tak jauh dari kita.

Inodoro

*Assalamualaikum and good evening fellas. Ok. Tidak dinafikan lagi memang lama pun tak update blog. Mungkin tiada pembaca pun T.T K. Takda orang peduli pun. Sebenarnya saya dah form five. Sekejap je rasa. Baru rasa semalam tengok senior form 5 tahun 2008 lepak bawah pokok. Pui. Ayat drama



Inodoro in Spanish. tahu apa ? tak tahu ? nak kasi tahu lah ni. kalau bahasa kasarnya tandas. tapi macam pelik je perempuan ni. Dah lah lama tak update, tetiba update pasal toilet. Ahh tapi tidak ku peduli lagi.Telah lama ku simpan dendam kesumat yg terbuka dalam jiwa. Tentang tandas yg hanya dijeling oleh sesetengah masayarakat.T idak ku tahu apakah yg berada di benak fikiran mereka. 



Tandas nak percuma. Nak ada cermin. Nak ada air. Nak ada sabun. Nak ada tisu. Nak tukang cuci cantik *Eh* Nak ada pengering tangan. Kalau boleh dalam tandas perempuan tu nak ada pengering rambut sekali. Nak ada shower. Wahhhh. Kemain demand lagi. 

Mungkin, InsyaAllah suatu masa nanti kerajaan mampu sedia kan semua tu. Tapi sebelum tu. Apa kata kita sedia kan metal kita ? Mentaliti masyarakat sekeliling ? Setiap kali masuk tandas awam, mesti kita pilih tandas yg bersih ? Tipu lah kalau korang masuk je tandas mana mana kecuali kes kes kecemasan yg dah takat berlari pi tandas tu ye. Salah ke kalau masuk tandas yg tak berapa nak bersih , simbah dulu air dekat area sepatut nya ?Alah. Tandas masuk free . Kalau bayar pun 20 posen 50sen tak luak pun duit dalam acc bank. Bukan dia timbang kilo pun berapa banyak air yg kau dah guna. simbah je lah sebelum dan selepas guna. Kalau kesan kesan kasut tu tenyeh lah pakai kasut korang tu. Bukan nya suruh pakai tapak kaki. tapak kasut kot. kecuali lah tapak korang dah haus bila pijak lopak air basah je stokin tu kan. 

Paip air, bila nampak terbuka tu, tolong lah tutup. Buka nya suruh tolong angkat tangki air pun. Kita sama sama guna kan ? Cuba bayang tandas dekar RnR masa raya ? cuti ? Tengok tandas macam rasa nak keluar balik je. Dah lah beratur panjang. Masuk masuk je tandas tu rasa mcm bleh tahan je bahan buangan tu lagi 5 jam perjalanan. Orang lain pun emergency juga. Tapi melampau lah. mangkuk tandas dekat lain, bahan buangan dekat lain -.- 

Kita sama sama guna. Kita sama sama geli. Kita sama sama nak selesa. Tapi tak salah kan kalau ita buat semua ni ? Berapa sangat lah kederat nak pakai. tak peluh pun. 


p/s : Maafkan saya kerana tulisan halus -.- Sudah puas ku berusaha membesarkan nya seperti biasa. tetapi apakan daya. Ianya sia sia

Perubahan. Diterima, terpaksa menerima dan dipaksa menerima

*Baru bangun tidoq. Nak pi rumah nana tidak ? Mengamtuk mcm apa ni. Lapaq lagi. Tapi dekat sekolah dah balun nasi lemak dgn laksa -.- Takut member member aku tengok. Apa pun, Agak kekok ye apabila jari jemari yg lembut sutera ini lama tak menghapdate blog. Makin tragik aku tengok blog ni.


Back to our topic. Kali ini mengentuh kepada perubahan. Perubahan yg mungkin kita terima dengan senang hati . terpaksa dgn sakit hati, mahaupun dipaksa tanpa rela hati. Tapi masih perkara sama. Satu perubahan yg terpaksa kita TERIMA walau apa yg terjadi. 


Ok. Bagi aku perubahan paling nyata dan dibenci, perubahan dalaman mahupun luaran seseorang. Perubahan yg kadang kala, dari pada suka menjadi sebalik nya. Dan dgn senang hati orang sekekeliling membasuh member hok tengah ada konplikasi dalaman tu. Tak ke kesian member ? Contoh paling jelas : A yg sebelumni mcm okay cool je bg kau, tetiba jd pemarah mcm apa. Mari kita fikir masalah ni sama sama ye  -.- Ok. A, kenapa A jadi mcm tu ? Mungkin aku rasa A tu ada masalah dgn family kot. Mungkin lah. Tapi there's must be another reason. Mungkin dia cemburu dgn kawan kawan dia ? Ada sampai satu tahap tu mungki dia rasa dia terpinggir. Mungkin dia dah tahan pendam semua lama? Kemungkinan itu masih tinggi kan ? Sebab nya ? Sbb nya kalau fikir balik, budak sekarang dalam sehari, lagi lama mengadap kawan dari mengadap muka mak ayah depa kan ? Mana tidak nya bangun belum subuh lagi nak pi sekolah, sudah subuh dah sampai sekolah. Petang ada koko, malam tusyen -.- Bila depa tengok mak apak depa ? Sian naa budak la ni. Lepas tu dapat member yg mcm err, tettt sikit. Tapi biasa lah. Manusia. Perkara pertama bila berlaku nya satu masalah, atau apa saja. Perkara pertama, jari secara autometik nya teerus menuding ke arah lawan. Ke arah kaawan. Kenapa tak kita sama sama muhasabah diri ? Mencari salah diri sendiri ? Kenapa ?


Cerita nya masih sama. Jalan penyelasaian nya hampir sama. Ego manusia yg tidak pernah sedikit pun berubah. Cuma kadang kadang kala hati yg mudah ditiup syaitan syaitan binasa. Aku ajar diri aku, untuk tidak menceritakan hal hal yg bg aku peribadi, masalah aku, suka duka aku dekat orang lain. Aku ajar diri aku, untuk tidak sama sekali mencampurkan urusan aku, dengan perasaan hasad dengki mahupun sayang. Aku ajar siri aku, untuk lembut berkata kata. Tapi aku manusia. Tak kan lari dari semua dusta. Aku maki kawan aku, dalam keadaan aku tidak sedar. Aku lupa apa yg aku buat walaupun ianya baru saja berlaku 1 minit yg lalu. Aku yg terjadi dekat aku ? Aku pun tak tahu. Ha ha. Cukup saja merapu. 


Haaa haaa ! Apa pun mungkin aku mengurangkan aku punya keaktifan blog aku ni walaupun perkara itu mungkin sudah diketahui umum -.- Well, spm kan. Busy u noo. Esok merentas desa. Wish me luck people :) Assalamualaikum

Need to do this

* Seriously, lama tak update blog. I'm le wild blogaholic. Tapi tak ada idea. Time laptop aku rosak ritu mencurah curah ke daun keladi air. Tapi bila laptop dah elok, air yang tadinya dicurah ke daun keladi, tumpah ke dalam tanah. Meresap ke dalam saluran yang salah. Sad life.


Dan mengikut tarikh tarikh antara bangsa, hari ni 12 - 02 - 2012 . Guess what ? Velentine days ? Aaa aaa *sambil jari telunjuk bergerak ke kiri dan ke kanan secara berrulang* We're Muslim. Tak sambut semua tu ye adik adik. Ingat tu. Sebenarnya, hari ni hari jadi dia. Yes, dia :') Aku tak wish lagi pun sebenarnya -.- Tunggu dia call. Kemon ahh ! Kata ada call free. Pasaipa hang tak call ceq lagi ! Ok. Hihi. Di sini ada sedikit hadiah untuk dia . hadiah alam maya :') 

We had known each other since we're in primary school. Anak cikgu kalau time sekolah rendah, biasa lah, Megah kemain ! Tapi kau tak. Sikit je masalah kau. Datang suka hati. Macam punchcard office. Pukul 8 baru sampai. Ye. itu kau. 

And we had our first camping went we're in form 1. Taman pertanian. Dengan banjir paras lutut. Sebenarnya sekolah rendah kita tak pernah rapat pun kan ? Tapi naik sekolah menengah, semua berubah. We had decided to spend time together. Almost all the time, together. Time tu, mana ada kau, mmg ada aku lah. 

And you became my entertainer. 
And you always have an idea, to makes me laugh. 

And we're always do something insane. Baru anak muda namanya

And you laugh when my jokes not so that funny :')



So, Happy and happy and happy birthday, Nana Irriana Jaludin.