Inodoro

*Assalamualaikum and good evening fellas. Ok. Tidak dinafikan lagi memang lama pun tak update blog. Mungkin tiada pembaca pun T.T K. Takda orang peduli pun. Sebenarnya saya dah form five. Sekejap je rasa. Baru rasa semalam tengok senior form 5 tahun 2008 lepak bawah pokok. Pui. Ayat drama



Inodoro in Spanish. tahu apa ? tak tahu ? nak kasi tahu lah ni. kalau bahasa kasarnya tandas. tapi macam pelik je perempuan ni. Dah lah lama tak update, tetiba update pasal toilet. Ahh tapi tidak ku peduli lagi.Telah lama ku simpan dendam kesumat yg terbuka dalam jiwa. Tentang tandas yg hanya dijeling oleh sesetengah masayarakat.T idak ku tahu apakah yg berada di benak fikiran mereka. 



Tandas nak percuma. Nak ada cermin. Nak ada air. Nak ada sabun. Nak ada tisu. Nak tukang cuci cantik *Eh* Nak ada pengering tangan. Kalau boleh dalam tandas perempuan tu nak ada pengering rambut sekali. Nak ada shower. Wahhhh. Kemain demand lagi. 

Mungkin, InsyaAllah suatu masa nanti kerajaan mampu sedia kan semua tu. Tapi sebelum tu. Apa kata kita sedia kan metal kita ? Mentaliti masyarakat sekeliling ? Setiap kali masuk tandas awam, mesti kita pilih tandas yg bersih ? Tipu lah kalau korang masuk je tandas mana mana kecuali kes kes kecemasan yg dah takat berlari pi tandas tu ye. Salah ke kalau masuk tandas yg tak berapa nak bersih , simbah dulu air dekat area sepatut nya ?Alah. Tandas masuk free . Kalau bayar pun 20 posen 50sen tak luak pun duit dalam acc bank. Bukan dia timbang kilo pun berapa banyak air yg kau dah guna. simbah je lah sebelum dan selepas guna. Kalau kesan kesan kasut tu tenyeh lah pakai kasut korang tu. Bukan nya suruh pakai tapak kaki. tapak kasut kot. kecuali lah tapak korang dah haus bila pijak lopak air basah je stokin tu kan. 

Paip air, bila nampak terbuka tu, tolong lah tutup. Buka nya suruh tolong angkat tangki air pun. Kita sama sama guna kan ? Cuba bayang tandas dekar RnR masa raya ? cuti ? Tengok tandas macam rasa nak keluar balik je. Dah lah beratur panjang. Masuk masuk je tandas tu rasa mcm bleh tahan je bahan buangan tu lagi 5 jam perjalanan. Orang lain pun emergency juga. Tapi melampau lah. mangkuk tandas dekat lain, bahan buangan dekat lain -.- 

Kita sama sama guna. Kita sama sama geli. Kita sama sama nak selesa. Tapi tak salah kan kalau ita buat semua ni ? Berapa sangat lah kederat nak pakai. tak peluh pun. 


p/s : Maafkan saya kerana tulisan halus -.- Sudah puas ku berusaha membesarkan nya seperti biasa. tetapi apakan daya. Ianya sia sia

No comments:

Post a Comment