Lelaki tanpa komplen

*spm dah lama habis. dan aku, masih mencari identiti diri *tenung cermin* * 

Assalamualakum dan hi semua. Semoga masih berasa dalam keadaan gembira dan bukan gundah gulana. Apakah kan perempuan tajuk entri kemain getik. Ahh. Mai sini duk buat ramai. Baca kasi habis. Kemuadian    baru nilai. Jangan biasa kan diri untuk cepat jadi mengadili sesuatu. Dah lama sebenarnya aku nak update guna tajuk ni Tapi maklumlah, pungkoq berat, jari je menggeletik nak menaip tak guna juga. 

 Mana kita tadi ? Yaa. Lelaki. Tepat sekali. Entri kali ini tidak untuk aku mengeji elaki. Sila, tolong, harap, mohon baca dengan teliti juga sepenuh hati. Baca dan fikir kan. Baca dan nilai. Baca dan fahami.

Ada je lelaki, yang boleh iron baju dia sendiri dari muda sampai pencen, tanpa komplen 
Ada je lelaki, yang boleh basuh,jemur, angkat dan lipat kain, tanpa komplen. 
Ada je lelaki, yang boleh tahan dengan kata kata yang tajam dari orang tersayang, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang boleh sayang orang sekeliling dia, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang boleh buat menda sama hari hari, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang boleh buat lawak biarpun takda orang gelak, tanpa komplen. 
Ada je lelaki, yang boleh tahan marah tanpa mengeluarkan kata kata kesat, tanpa komplen. 
Ada je lelaki, yang boleh pujuk orang walaupun dia garang, tanpa komplen.
Ada je lelaki, yang akan sedaya upaya menggembira aku, tanpa komplen. 

Dan yaa. Semua lelaki lelaki yg aku nyatakan dekat atas ni, ada di sekeliling aku. Tapi cuma aku tak faham, kenapa ada lelaki masih menafikan dia taksesuai buat itu ini contoh nya, kerja rumah ? Aku lagi tak faham, ada pula perempuan perempuan yg boleh aku kata, cantik rupa paras mereka boleh cakap lelaki semua tak guna. Apakah kau sudah mengenali semua lelaki di dunia wahai adik manisssss. Itu kicik punya hal gaduh dgn boyfren pun dah boleh cakap macam tu. Kesian.

Dan juga, barangkali aku sangat berruntung. Barangkali juga Allah menguji aku dengan meletak kan aku dikelilingi oleh lelaki lelaki yang kuat, tambah dan juga ikon. Semoga semuanya kekal sebegini 

No comments:

Post a Comment