Lahai, Melayu

*Kata nak update blog 28Jan haritu, tapi ni dah dekat 28March baru reti nak update. Dasar janji Melayu*

Assalamualaikum dan semoga selamat semua nya :) Buat yang kuat semagat melayu nya, sila, mohon, dirayu sila lah block atau apa saja blog ni. Kadang benda tak seberapa pun, boleh kecoh, yedak ? 

Melayu. Yang paling terkenal dengan adat. Yang paling banyak hikayat dongeng. Yang paling banyak pahlawan. Yang paling banyak jenis makanan. Yang paling banyak kepercayaan. Yang paling penting, paling memegaahkan. 

Untuk pengetahuan semua, aku hanya budak jalanan. Membesar diheret kedua ibubapa hampir kemana saja. Kawan? Ada. Tapi biar lah semua tahu, hidup aku hanya keluarga aku. Jadi, silalah maklum bahawa kebanyakan coretan aku disini, berdasarkan apa yang aku lalui. Dan bukan apa yang kau lalui. Silalah baca dari sudut aku, atau 360 sudut yang lain.

Melayu, yang paling beradat. Katanya. Tapi tak melampau kalau aku cakap, aku lah orang yang tak suka adat. Kenapa dimegahkan adat, kalau ada pegangan agamanya ? 

Melayu, yang pelbagai dongeng nya. Al kisahhh. Maka tersebut lah kisah sang kancil datang beramai ramai menghadap sultan firaun. Nampak tak? macam mana ye. Dongeng ? Cerita rakyat tahu? Biasa lah. Orang dulu dulu takda kerja mak aku cakap. Biasa lah, dulu tv ps semua ni takda. Jadi cara menghiburkan anak cucu diaorang adalah bercerita. Aku boleh, cerita dekat anak cucu aku. "Cu, nek ni dulu ikan mas. *buat duckface* sama kan? Lepas tu datang atuk kau orang, pawang orang nya. Selalu perasap keris malam Jemaat. Dia bela nenek. Tapi sebab siapa nak ke pawang yedak? Jadi dia baca jampi. Tadaaa. Jadilah nenek isteri atuk kau, sampai sekarang" Cucu aku pun cerita dekat cucu dia. Sampai tahun 2213 cerita tu akan jadi "dulu ada sorang pahlawan, gagah perkasa orang nya. Selalu buat kelas silat setiap malam Jemaat. Sampai la ada sorang awek yang suka bawa ikan mas dia jalan jalan ngorat dia. Dan diaorang hidup bahagia"

Melayu, yang paling berjenis makanan nya. Oi. Takan nak komplen pasal makanan? Sedap kot. Mana nak cari dekat lain. Sanggup omputih makan derian? 

Melayu, yang paling berpekepercayaan. "Siti, jangan menyanyi dekat dapur tu nak. Kau nak kahwin dengan Pakman Dongol tepi sungai tu agaknya ya?" kata mak siti sambil membetulkan kain batik yang dipakainya.  "alah mak ni. Bhenci tau" *sambil berlalu pergi masuk kebilik* Mengapa, kenapa. Tidak boleh kan berfikir sekejap, lagi percaya kahwin orang tua dari percaya jodoh Tuhan. Sebenarnya, takut apa kau masak tu hangus je ralit sangat nyanyi tak kado ke diri siap tarik pitching tinggi. Melayu sangat. Tapi ada lagi ke orang macam ni ?

Melayu, yang bermegah akan kesombongan nya. Dan ini, yang aku sanggup cakap, aku malu jadi melayu. Bayangkan kau berada dia gerai makan, tepi jalan, jarang orang datang. Dan suatu hari, gerai yang jarang dikunjungi itu, diserbu kerana cuti sekolah.

Dua lelaki pertengahan tahun, berkepinpinan gayanya, Melayu. Tiga pekerja gerai, seorang wanita dan dua lelaki, Melayu.

Lelaki A: Cik, bila saya boleh dapat roti canai saya? Dah lama saya tunggu. *sangat sopan cara tegurannya*
Pekerja wanita: Lambat sikit.
Lelaki A : Lambat tu berapa lama? Sejam, setengah jam?
Pekerja wanita : Dalam sejam lagi.
Lelaki A : Kenapa awak takcakap dekat saya? Saya dah tunggu lama
Pekerja wanita : Kenapa awak tanya saya ? Awak order dengan lelaki tu tadi kan?
Lelaki A : Awak kerja di kedai sama kan? Tak boleh cakap ke?
Pekerja wanita : Awak taknampak ramai orang tadi? Dengan tak cukup pekerja nya *mula bercekak pinggang sambil tangan kiri nya naik ke udara macam nak buat "1 ! Meleysiaa !"* 
Lelaki A : Awak sepatut nya cakap. Saya tunggu lama. Saya custumer. Tapi awak ni samseng cakap dgn saya.
 *dan pekerja wanita tadi terus menempelak pelanggan nya. Dan untuk terus menampak betapa rendah nya fikiran wanita ini, dan membuktikan dia mungkin tak habis sekolah*
Lelaki A : Custumer is always right ! *menghentak kerusi  seperti "kenapa awak tak bagitahu saya kena tunggu berapa lama" *
Pekerja wanita : Custumer is always right , walaupun dia salah ?! *masa ini aku rasa nak bangun pergi depan perempuan tu lepastu bisik dekat dia "tak sekolah ke cik?" *
Lelaki A : Saya ni nak tolong Melayu. Tapi kalau awak macam ni, baik saya pergi kedai India. 

Sejujur nya, aku sangat tabik dengan Pakcik ini. Sangat tinggi bahasa nya. Sangat lah sabar orang nya. Dia masih boleh tunggu sampai dia dapat roti canai dia.Aku berani cakap, dia tunggu lebih daripada sejam. Kau mampu ke nak tunggu roti canai sekeping lepas kau tahu orang kedai tu bingai , lepas dia bercekak pinggang menempelak kau? mampu ? Sikit pun pakcik ni tak tinggi suara dia. Dan dengan banganya pekerja gerai melayu tadi, mempertahankan apa yang dirasa "kedai aku ramai tadi. Kau tak nampak ke? " 

Kalau nak jadi Melayu, jadilah Melayu yang tinggi fahaman ugama nya, yang tinggi ayat bahasa nya, yang tidak memegah kan kesombongan nya. Orang tegur tu reti bahasa lah. Kalau taknak terima, diam. 


No comments:

Post a Comment